Saturday, June 30, 2012

Kakak mya 2 tahun 2 bulan

Lama dah rasanya tak update perkembangan kakak mya ni. Dah 2 tahun 2 bulan dah anak mummy.Awal2 dulu rajin betul catit milestone dia, dah besar camni rasa mcm tak de yg major, except for percakapan and behaviours.

Pasal makan kakak mya takde fussy sgt. Sekarang dah boleh makan pedas2 sikit. Itu yg dia selera, contoh mee kari, mee hoon goreng, nasi lauk. Kdg2 ada time masak bubur pun dia makan bertambah. Susu dia demand sendiri bila nak. Ayat dia camni "mummy, nak susu nanas (panas)" pastu ayat kedua, dia tgk sesiapa yg dekat2 tu "____ buat" Demand pulak siapa nak buat susu dia kannn.

Ayat dia dah boleh susun 5 to 6 words in a sentence. Pelat. Kdg2 bercampur ngan perkataan peghancis. Ayat famous

Nak bandi/ nak baning/ shleep/ nak bubbles/nak kartun
Mummy sit here, come on
Wait for me/ help me
Nak colour
Nak dungkung (dukung) up!!!
Mummy ipad Habish batewi!
Mummy adik nanish
TAK NAK.
Bukan, Mya lah
Tepi! Excuse me!
Mummy wash!
Cepat! Cepat!
(semuanya pun ayat mengarah.. Boss kecik lah kan 😓)

ABC dia dah hafal n recognize. 123 pun, shapes, colors, counting. sekarang ajar dia write ABC sbb dia mmg obses with alphabets, sikit2 hulur pen. Alhamdulillah, cepat tangkap mya ni.😌 pasni ajar alif ba ta pulak. Hehe

Dia plg suka ajuk orang. Kdg2 dia tgk gambar2 pastu dia ajuk gaya n mimik muka org tu. mmg kelaka jd bhn ketawa kitorg kat rumah.

Tidur masih sekali siang pastu malam masyaAllah pukul 12 baru nak tido. Mcmana happy main pun mlm tido mesti nak ngn mummy. Tak kisah bersempit atas katil. I love you baby hehe

Latest weight 13kg, tak byk naik stagnant je. Nak dukung lama2 tak larat.

Haa, satu lagi dia masih lagi breastfeed., sejak adik ema ada lagi suka since susu byk. Mlm2 mesti tandem nursing sebelah menyebelah. Mummy nak terkehel pinggang nak oi.

Dia sayang adik, tak pernah kasar2. Asyik nak diciumnya budak tu, tp satu je dia jealous kalau time nak tido atau cranky dia nmpak mummy pegang adik nnt dia merajuk.

Itu je lah kot, mass update mana yg terlintas kat fikiran mummy. Ni latest gambar mya untuk tatapan aunty2 semua


2 comments:

  1. Pandainya kakak mya jaga adik. Harap bila besar best fren ok.. Jgn jeles2

    ReplyDelete

Wedding Bells