Wednesday, February 23, 2011

Mandi sambil tidur. Magic?

Dear readers,

Amaran: Agak censored ye video ni, bukan mommy atau daddy (Daddy ada sikit la, bertuala je..ceh).. tapi anak yang mengantuk. Hehe.. Sekarang jarang dah buat perangai camni. Dulu2 je masa 7 ke 9 bulan.

Kalau dengar betul2, ada kedengaran dia siap berdengkur lagi. Agaknya sedap kot air panas dan kena urut2. hehe


video


Thursday, February 10, 2011

Spa Weekend at Andana Spa Glenmarie Shah Alam

Hai kamu semua,

Dua minggu yang lepas, saya dan kawan baik saya Sophie telah cuba khidmat Spa yang ditawarkan di Andana Spa Glenmarie. Ini semua bertitik tolak daripada azam saya tahun ini untuk lebih memanjakan dan menata rias diri.

Ini ialah ulasan Spa ini dari kacamata saya dan rakan saya.

Lokasi Spa dia Holiday Inn Glenmarie agak bersesuaian kerana berada jauh dari hiruk pikuk kota. Landskap padang golf yang indah dan membuatkan diri terbuai dengan kehijauan saujana mata memandang juga membantu sesiapa yang memerlukan ketenangan minda

Saya telah membuat tempahan untuk empat orang tapi malangnya, lagi dua orang rakan tidak dapat memenuhi undangan atas sebab-sebab tertentu. Setelah pendaftaran dibuat di kaunter, kami telah memilih pakej standard yang disediakan iaitu

1) Sesi urutan badan
2) Sesi Hydrotherapi Pool
3) Sesi Mandi Steam
4) Sesi Sauna

Pakej ini bernilai RM148

Saya juga memilih satu lagi add on iaitu Manicure oopss.. tatarias kuku yang berharga RM35

Terdapat banyak lagi pakej yang disediakan, kamu boleh lihat di laman web mereka www.andanaspa.com atau di Facebook mereka.

Ruang penyimpanan barang yang luas disediakan dan bilik persalinan nya selesa tanpa perlu bersesak-sesak. Pelanggan pada hari itu juga tidak lah ramai, cuma mungkin kurang dari 5 orang.

Usai menukar pakaian ke pakaian yang disediakan dan dibaluti kimono, kami didatangi oleh pembantu Spa yang memberi sedikit briefing tentang pakej yang kami pilih.

Sebelum bermula, kami bersantai di Lounge di mana kami bebas makan buffet yang disediakan, dan membaca surat khabar sambil menonton Astro dan sambil berbincang keadaan ekonomi dunia.

*Gambar di ambil dari Facebook mereka*



Sesi pertama ialah sesi urutan oleh pengurut dari negara yang tidak diketahui kerana mereka tidak boleh berbahasa melayu mahupun inggeris, maka bahasa isyarat menjadi medium kami. Ada dua pilihan samada urut aromaterapi atau pijak. Saya memilih aromaterapi. Sesi urutan adalah biasa2 saja, tapi memang berasa sangat lega urat sendi dan segar.Sesi ini lebih kurang 45 minit

Untuk lelaki pun boleh



Seterusnya kami ke Hydrotherapy pool. Yang ini kegemaran saya kerana air panas dan jacuzzi nya sangat melegakan sendi -sendi dan urat belitung. Kami berbual sambil berbincang isu negara, hasil perbincangan yang sangat bermanfaat. Saya merasakan jika lagi ramai lagi banyak manfaat boleh diperolehi

Kami kembali ke Lounge untuk makan tengahari - Makanan adalah termasuk dalam caj, maka sila isi perut sesuka hati



Selanjutnya kami ke Mandi Steam dimana kami dikurung dalam bilik yang penuh Steam, agak menakutkan jika anda Klaustrophobic atau menghidap athma kerana mungkin anda sukar untuk bernafas. kami cuma bertahan selama 10 minit dan terus ke Bilik Sauna



Sini agak santai, kerana tiada steam yang menusuk hidung. Cuma kami berpeluh dek kepanasan wap. Selepas sesi ini, saya berasa agak selesa kerana peredaran darah saya telah diperbaiki.

Yang ini pula ialah movie room


Selesai sesi itu, bersihkan diri dan kami teruskan dengan sesi tatarias kuku. Hasil sangat memuaskan dan saya gembira.
Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan spa ini, dan mencadangkan agar kamu mencuba nya, lebih lagi sesuai untuk bakal pengantin, suami isteri malahan sekumpulan gadis yang ingin berbincang isu- isu dunia.
Kami bercadang untuk menjadikan ini acara bulanan, tapi mungkin akan cuba di tempat yang lain. Sila tunggu review dari saya
XX