Thursday, February 10, 2011

Spa Weekend at Andana Spa Glenmarie Shah Alam

Hai kamu semua,

Dua minggu yang lepas, saya dan kawan baik saya Sophie telah cuba khidmat Spa yang ditawarkan di Andana Spa Glenmarie. Ini semua bertitik tolak daripada azam saya tahun ini untuk lebih memanjakan dan menata rias diri.

Ini ialah ulasan Spa ini dari kacamata saya dan rakan saya.

Lokasi Spa dia Holiday Inn Glenmarie agak bersesuaian kerana berada jauh dari hiruk pikuk kota. Landskap padang golf yang indah dan membuatkan diri terbuai dengan kehijauan saujana mata memandang juga membantu sesiapa yang memerlukan ketenangan minda

Saya telah membuat tempahan untuk empat orang tapi malangnya, lagi dua orang rakan tidak dapat memenuhi undangan atas sebab-sebab tertentu. Setelah pendaftaran dibuat di kaunter, kami telah memilih pakej standard yang disediakan iaitu

1) Sesi urutan badan
2) Sesi Hydrotherapi Pool
3) Sesi Mandi Steam
4) Sesi Sauna

Pakej ini bernilai RM148

Saya juga memilih satu lagi add on iaitu Manicure oopss.. tatarias kuku yang berharga RM35

Terdapat banyak lagi pakej yang disediakan, kamu boleh lihat di laman web mereka www.andanaspa.com atau di Facebook mereka.

Ruang penyimpanan barang yang luas disediakan dan bilik persalinan nya selesa tanpa perlu bersesak-sesak. Pelanggan pada hari itu juga tidak lah ramai, cuma mungkin kurang dari 5 orang.

Usai menukar pakaian ke pakaian yang disediakan dan dibaluti kimono, kami didatangi oleh pembantu Spa yang memberi sedikit briefing tentang pakej yang kami pilih.

Sebelum bermula, kami bersantai di Lounge di mana kami bebas makan buffet yang disediakan, dan membaca surat khabar sambil menonton Astro dan sambil berbincang keadaan ekonomi dunia.

*Gambar di ambil dari Facebook mereka*



Sesi pertama ialah sesi urutan oleh pengurut dari negara yang tidak diketahui kerana mereka tidak boleh berbahasa melayu mahupun inggeris, maka bahasa isyarat menjadi medium kami. Ada dua pilihan samada urut aromaterapi atau pijak. Saya memilih aromaterapi. Sesi urutan adalah biasa2 saja, tapi memang berasa sangat lega urat sendi dan segar.Sesi ini lebih kurang 45 minit

Untuk lelaki pun boleh



Seterusnya kami ke Hydrotherapy pool. Yang ini kegemaran saya kerana air panas dan jacuzzi nya sangat melegakan sendi -sendi dan urat belitung. Kami berbual sambil berbincang isu negara, hasil perbincangan yang sangat bermanfaat. Saya merasakan jika lagi ramai lagi banyak manfaat boleh diperolehi

Kami kembali ke Lounge untuk makan tengahari - Makanan adalah termasuk dalam caj, maka sila isi perut sesuka hati



Selanjutnya kami ke Mandi Steam dimana kami dikurung dalam bilik yang penuh Steam, agak menakutkan jika anda Klaustrophobic atau menghidap athma kerana mungkin anda sukar untuk bernafas. kami cuma bertahan selama 10 minit dan terus ke Bilik Sauna



Sini agak santai, kerana tiada steam yang menusuk hidung. Cuma kami berpeluh dek kepanasan wap. Selepas sesi ini, saya berasa agak selesa kerana peredaran darah saya telah diperbaiki.

Yang ini pula ialah movie room


Selesai sesi itu, bersihkan diri dan kami teruskan dengan sesi tatarias kuku. Hasil sangat memuaskan dan saya gembira.
Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan spa ini, dan mencadangkan agar kamu mencuba nya, lebih lagi sesuai untuk bakal pengantin, suami isteri malahan sekumpulan gadis yang ingin berbincang isu- isu dunia.
Kami bercadang untuk menjadikan ini acara bulanan, tapi mungkin akan cuba di tempat yang lain. Sila tunggu review dari saya
XX

18 comments:

  1. ok definitely will try this spa one fine day. looks interesting! xsaba mau pulang ke shah alam lg.tq fro sharing sis

    ReplyDelete
  2. andana spa dh jd official venue for my & my bff's hen's party :p we love the food!menu kali ni apa pulak ek?

    ReplyDelete
  3. best nih...
    i teringin nak berurut skit2. boleh ke preggy mummy urut yek?

    ReplyDelete
  4. mcm best je..dekat je dgn umah.kena ajak hubby la p try :)

    ReplyDelete
  5. hehe..lawak pulak i baca entry kali ni..not because of the content, but the way tuan punya blog ni cerita...lain mcm benar bunyi nya..ala-ala pengacara nona gitu. hehe

    eh, btw, mcm menarik je spa niii

    ReplyDelete
  6. ahh sungguh menarik ya program spa kamu puan azi! saya merasa tergedik2 pula ingin pergi. sementelah harganya yang sangat berpatutan! ada makan2 pula tu!
    sila rajin2 buat ulasan mengenai spa lagi azi!

    ReplyDelete
  7. bestnya...

    bile la nk dpt peluang mcm nie yer...huk huk

    skrg kalo lenguh2 habi jelah yg jd tukang urut..layan jelah =p

    ReplyDelete
  8. Azie, kalau I cikgu BM I bagi u A utk karangan u ni... comel gile...

    ReplyDelete
  9. lieza: sila cuba, anda pasti tidak menyesal~ hiks

    arsheda: you are most welcome dear!

    hunny: kan? venue yg sungguh tepat utk chill sambil berkumpul dan bergossip. menu ada chee cheong fun, chicken rice, and few more, and of course haagen dasz icecream! yum!

    Fathi: preggie mom takleh urut sgt.. bahaya, lg2 baru2.. urut kaki boleh lah ye yang hehe

    ainul: Harus.. anda dan suami pasti teruja! :)

    alena: haha,, saje nak polish BM I, dah berkarat, kasik shining balik. :p Spa ni best, ada masa pergi la. recommended!

    ederq: Sementelah! hahaha ok saya akan berulas lebih banyak selepas ini. Nantikan!

    sharena: Jom, ajak Naurah si muncung seksi. heheh, i tinggalkan mya ngn bapaknya, nasib ok je budak kecik tu

    Qis: Hahahha.. Seronok juga berbahasa basi ni kadang2. terigt jaman belajar dulu :))

    ReplyDelete
  10. ahh..sgt seronok dimanjakan kan! my last spa was only when? pre-wed? haha.. harus mencontohi kamu lepas ni :)

    ReplyDelete
  11. Berbincang isu negara adalah saat di mana saya tersengih-sengih sambil membaca ayat itu. Hihi. :)

    Bestnya!! and i think the package price is very reasonable! :)

    ReplyDelete
  12. dah bertahun2 i plan nak pergi spa tp xterpergi :|

    ReplyDelete
  13. azi..nak tanye sumthing..tapi off topic la. nak tanye tentang set bersalin Tanamera..dulu azi pakai kan..bleh tak review tentang penggunaan and azi nye pendapat tentang set bersalin ni..thanx dear

    ReplyDelete
  14. alaa awat tak ajak? murah tu spa dia! bestnya!! :D

    ReplyDelete
  15. jot: u must! i think kat BBB ada plenty yg bagus, we can go sometimes yes??

    hannah: kejap je kuku cantik, pastu buat house chores habis! haha

    nuurill: kan? hey! lets go! we need this session to pamper ourselves

    fadd: i feel u. lagi satu nk tinggalkan si kecik tu lama2 cam agak berat hati kan? but we need me time sometimes..

    pi: berkembang otak aku weh. hehe

    Mrs Qarlista: Yea, i pakai tanamera dulu. For me set dia itself is more to outer beauty and refreshing set. More like mini spa at home. but i do think you need the traditional set still like NR, Sendayu Tinggi pills and all for your inner strength (dalaman)

    nit: best kan? jom la nak pegi ajak saya!!

    ReplyDelete

Wedding Bells