Tuesday, May 4, 2010

25 things you dont want to know about me

Tadi boring2 tgk balik notes dalam facebook, yg ni ku tulis maybe 2 tahun lepas. Ah mmg tak relevan tp layankan je lah yer..

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

1)Saya dilahirkan kaki dulu, hence the gelaran "bayi songsang", "anak mama paling degil"

2)Jarak umur saya dan abang saya hanya lah 11 bulan, hence the gelaran "accidental baby"

3)Umur 5 tahun:Cinta Monyet saya yang pertama kepada seorang budak lelaki Cina yang saya sudah lupa namanya

4)Umur 5 tahun:Mula belajar main piano.Malangnya berhenti pada usia 8 tahun kerana ayah pindah ke Bahau

5)Umur 5 tahun:Opah saya masih lagi bercerita kepada tetamu perihal saya semasa berumur 5 tahun, iaitu demand milo suam.bukan panas, bukan sejuk tapi suam.Diva sungguh saya masa tu.

7)Umur 6 tahun:Muntah didalam kapal terbang sebanyak 7 kali semasa penerbangan ke Tokyo kerana tak tahan diberi makan sashimi dan honey dew.

4)Umur 6 tahun: Saya hampir dilarikan oleh seorang perempuan Jepun di Tokyo di dalam bas.Mujur ditemui semula oleh mama saya

5)Umur 7 tahun:Bersekolah di 3 sekolah berlainan. SRK Raja Perempuan,Ipoh,SRK Tarcisian Convent,Ipoh dan SRK St Aidan, Bahau.

6)Umur 8 tahun:Pertama kali dirotan oleh cikgu pendidikan seni yg garang kerana lupa bawa bendi dan kentang ke kelas.

10)Umur 9 tahun:Pertama kali perm rambut

11)Umur11 tahun:Mula belajar balet tetapi berhenti selepas setahun kerana mula body conscious. Hehe

12)Umur 12 tahun:Pernah bawak basikal bersama adik saya ika dibelakang, ketika itu umurnya 4 tahun,dan kaki dia termasuk dlm rim, berdarah dan berparut sampai skarang.

13)Umur 14 tahun:Saya pernah dingorat oleh pak arab semasa berada di tanah suci mekah,dia berkata "when you big, you marry me"

14)Umur 18 tahun:Pernah minor accident bergesel dengan bas semasa mengambil result SPM. Kereta Ayah Lang saya bercalar teruk di tepi.

15)Umur 18 tahun:Belajar bawa scrambler ayah keliling estet

16)Umur 19 tahun:Pernah mencapai berat badan 60kg

17)Umur 21 tahun:Gemar mengumpul majalah Cleo dan tidak miss walau satu edisi

18)Umur 25 tahun:Pertama kali memegang salji. hehe

19)Sangat obses kepada hair product, tak kisah membelanjakan wang ke arah itu.

20)Tidak pernah dihinggapi penyakit chicken pox hingga kini

21) Sangat suka pada air.terutama air laut dan air terjun dan air tasik

22)Mempunyai saiz kasut 6 1/2-7

23)Pertama kali berjumpa dengan bakal tunang semasa dinner di The Ship, birthday sopi

24)Bakal tunang tak pernah propose secara formally, tetapi terus saja bincang hal tunang dan kahwin. Dia sangat yakin.

25)Sangat bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang baik,bersama keluarga,bakal tunang,rakan2,saudara mara yang sangat dicintai

Nah,sekarang anda tahu 25 perkara tentang saya yang anda tidak patut tahu

Me and my brother zaman kanak2 ribena :)




10 comments:

  1. my hubby like ur hubby -- takder propose.. terus citer why don't we get married.. macam konfem gila takkan kena reject lol

    ReplyDelete
  2. wahh mcm2 berlaku pada u kan ..sangat dramatic and cool ehehehehe ...pernah kena bawa lari tu yg tatahan ..and blajar scrambler ..aduhh!!

    ReplyDelete
  3. saya suka baca entry ni azi!!
    hehe

    ReplyDelete
  4. rasa relaks baca entry yg ini

    ReplyDelete
  5. OMG! ada persamaan!! #13 & #17 esp.. heeee.. diriku pun penah dingorat pak arab masa tgh kt airport jeddah (otw back) and masa kt madinah tgh nak beli kurma.. siap ckp melayu tu.. ckp kt my mom, masa tu i 13 yrs x silap.. dia kata, kat sana 12 yrs pun bole kawen.. ohh scaryy! terus kuar kedai.. hahaha! n then masa muda remaja dulu mmg kumpul cleo mags every months la w/o failed! heeee... best2.. ;)

    ReplyDelete
  6. hahaha klakar la kak azie. notty eh awk ni. :D

    ReplyDelete
  7. azi..tunang i pn skolah St Aidan dlu.=)
    die born on 1984.tak tawu same batch ngn u ke x.hee=)

    ReplyDelete
  8. Eida-itulah.. Mmg over konfiden tau! Iberangan gak ada scene propose romantik2.. Chet!

    Sha-gitulah..bila kenang2 lawak jugak la.. Kenangan tulah yg besarkn kita. ;)

    qah- terbaca blk kt fb, terigt nk post sini.. Glad u liked it..

    Nurul- sekali2 tukar angin, adalah kelainan sikit bidang penulisan saya ni

    nits- hahha agaknya pak arab ni mmg cam tuh la.. Tp agak menyeramkan lah.. Nasib baik i ada ngn my dad masa tu. N cleo mags rox kan? Skrg je malas nk kumpul.. Huhu

    ReplyDelete
  9. Lea..zaman kanak2 i mmg noty, dah besar baru jd sopan. :0

    mawar.. Yea ke? I batch 83..tp dah tk igt pulak junior2.. Uih 20 thn yg lepas.. Tuanye saya..kem slm tunang u tu, tanya igttakheadmaster nama michael.

    Fathiyah.. Nakal sikit2.. Nama pun kanak2 riang, awak pun sama dulu kan. Nyeh nyeh

    ReplyDelete

Wedding Bells