Sunday, January 3, 2010

Tradisi Lenggang Perut

Dear readers,

First off, BIG THANK YOU to friends and family who came to our new year bbq/potluck. Muah! It was so much fun and also so many yummy food on the table. And thanks untuk para gadis dan ibu yg menolong saya mengemas di dapur. Agak penat juge mak buyung dan pak buyung ni mengemas di penghujung hari but it was all worth it. Kami puas hati.. Pictures coming soon..

As I was talking to my mom yesterday, she mentioned my Opah's intention of doing upacara"melenggang perut" or "Lingering Belly" for me. ( Yea.. I know it sounds funny in English.. hheehe). I have never been a part of this ceremony before and was left clueless.
From my mom's simple explaination, it is done when a woman reached her 7 months pregnancy dan ada juga main tendang2 buah kelapa.. what the?
So, saya telah menggoogle untuk mengetahui lebih lanjut pasal adat lenggang perut ini.
Source from here. Agak panjang juga artikel ini, so mind the words, i highlight the importnt points in bold.


Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.

Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.
• Satu gantang beras.
• Sebiji buah kelapa.
• Beberapa urat benang.
• Satu batang damar.
• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
• Beberapa batang lilin.
• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu
.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Err.. bab2 urut ni saya tak confident la, takut kalau salah urut nnt lain pulak yg jadik.. :s boleh tak skip part ni?

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Yang ni plak, mcm tak sesuai je nk buat..

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.
Tak tau apa motif ni..
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Mungkin saya akan menyerahkan upacara ni pada mama/opah untuk mengendalikan dengan sukses. Not really keen or looking forward to this but just to satisfy the elderlies. Mungkin juga akan disekalikan dengan kenduri doa selamat
Anda berpengalaman melenggang perut atau attending one? Share with me plis :)

9 comments:

  1. dah tak ingat sangat about 'melenggang perut'
    cos dah lama my sisters tak mengandung hahaaha.. yang latest first sis.dia dah 7 bulan kot.. doink! tak ingat kakak sendiri baoe bulan daaa. tapi dia macam tak buat je..
    tak pasti dia buat ke tak (>_<) doink lagi!
    nenek dah uzur..

    ReplyDelete
  2. pernah dengar amalan ni...but my family tak pernah buat..so tatau nak explain lebih2 mcm mn..hehe

    but azie, this is just my point of view , dont get me wrong or offence okeh...why not, awk cuba cari kesahihan hukum amalam ni, bimbang nanti bertentangan, atau kalau di 'skip' kan salah satu step, akan menjadikan amalan tak sempurna lalu meninggalkan kesan pada diri atau baby...

    Still, itu terpulang pada kepercayaan kita juga..kalau kita melakukannya semata2 dgn niat mahu lancar kan proses bersalin ok je..cumanya jgn terlalu ekstrem amalan ni boleh memberi bnyk kelebihan pada kita..

    tapi itulah, kalau sy ditempat awk pun akan keliru, dan sebolehnya nak puaskan hati org2 tua..pendapat awk nak sekali dgn doa selamat tu, sy setuju! :) sbb dalam majlis tu ramai yg akan mendoakan kesejahteraan/keselamatan kita..
    dan saya percaya seluruh family awk nak buat yg tebaik utk awk, jadi kalau perlu turutkan, turutkan saja...

    apapun, good luck! :)

    ReplyDelete
  3. Azie, ermm amalan ni kurafat. org dulu2 xde ilmu so mcm2 amalan yg diwujudkan bertentangan dengan agama. awak check dulu ok.

    ReplyDelete
  4. nor.. hang ni .. nk kata dah tua.. mmg dah tua pun.. heheh thanks anyway.. aku pun tak reti sgt benda2 ni.

    alena.. i totally agree, i pun lepas baca2 tu cam tak sedap hati gak. maybe part yg tak perlu tu boleh skip la. :)
    thanks for your concern!

    Dina.. aah. nnt i'll double check with org2 yg lebih arif. tq yea

    ReplyDelete
  5. I had a debate abt this matter with my classmate time I Form 3 dulu ;p punyala I pegi interview all my arwah opah, nenek2 sedara & onyang I skali time tu to get a proper explanation ;) and all I've got is this one answer.
    Tradisi ni merupakan salah satu adat Melayu yg tiada kesinambungan dengan agama Islam so, ramai yg tak amalkan lagi upacara ni coz takut khurafat.
    Apakata Azie buat kenduri doa selamat cum private baby shower instead, so that you still can have a family+frens gathering & at the same time comply (boleh ker guna this word ;p haha!) dgn Islamic law.
    Sebab honestly speaking, when it comes to adat Melayu, byk giler gray area dia coz terlampau byk fusion of culture e.g pengaruh Sanskrit, pagan dlm adat2 lama kita.
    But whatever it is, hope you'll have a great time planning nevertheless :)

    ReplyDelete
  6. before ni pun ada dgr yg lenggang perut ni haram.better double check dl.kalau was2 xyah buat.lg better bc ayat2 al-quran :)

    ReplyDelete
  7. ida.. thanks girl! the thought of kenduri +baby shower tuh seems more appealing.. heheh dah start terfikir apa games nk buat nnt. ;)

    ainul.. yup.. itu yg saya terfikir, lebih enak kalau ditukar ngn kenduri kan?

    ReplyDelete
  8. yes, my sis pun ader bt lenggang perut ni
    and its unique..
    panggil tok bidan, tok bidan gosok2 perut and baca2 ayat quran, ader tok bidan tu nyanyi2 sket utk mengembirakan baby (kata tok bidan tu la..wallahualam).. lenggang prut ni mcm perbualan tok bidan ng baby..tok bidan pesan kat baby suh keluar ikut arah mana sambil tunjuk jalan kat die, takut gak mase tok bidan dok pesan2 tu huhu..(wallahualam, ni tok bidan yg citer kat i)
    sgt unik.. tapi tak tahulah kalau tok bidan lain ader care tsendirikan..

    ReplyDelete
  9. wanie.. wah.. ni first time i dgr camnie.. very unique. agaknye lain2 tpt lain2 cara la ek.

    ReplyDelete

Wedding Bells