Sunday, May 31, 2009

Cendana Spa Seksyen 7 Shah Alam

Dear readers,

Today is off day for me, no more wedding stuff..nah-uh.. just pampering myself at spa. I went for the package pengantin at Cendana Spa. My first impression was, it's a nice place and is something to shout about. Interior is handsomely decorated balinese-style. What i really like is they have a chill out area with TV, lounge sofa and lotsa mags! Sangat comfy and stylish ok..

After changing into nothing but disposable panty and bathrobe, i was ushered to the chill out area where a bucket of warm water containing natrium klorida atau nama kampungnya garam and rose petals awaits. The feeling of warm water soaking my tired feet..heaven. Tujuan nya untuk detox, sambil diurut2 manja, kembang kejap kakiku. They provide a small cup of ginger tea untuk buang angin.

After 10 mins or so, I went to the room and was asked to get inside a small zipped compartment. Aku teringat zaman dulu2 punya almari yang berzip. That is what that thing looks like. It's a mini sauna bertujuan memecah kan lemak dan membuka liang roma untuk proses seterusnya. The term 'bermandikan peluh' really sums up everything. Nasib hanya 15 minit.

Lepas minum segelas air suam, terus saja ke atas katil untuk lulur. Bahan2 nya adalah rempah2 yang dibancuh bersama air mawar. Bau agak menusuk kalbu tetapi bagus untuk menghalus dan menggebukan kulit. Oh ya, sepanjang spa, muzik bali berkumandang amat menenangkan, dan 2,3 kali i dozed off.. Nasib tak berdengkur.

Seterusnya proses body mask, badanku dipalit dengan masker berwarna hijau mengandungi avokado, sangat sejuk..tujuan untuk menutup semula liang roma. Lepas kering semua, dilap badanku dengan warm water. Sambil bersembang dengan masseure, Kak Sally yang peramah.. byk info aku perolehi.

Kemudian, aku disuruh masuk ke dalam bath tub untuk mandi susu. Suasana yang sangat menenangkan, with flickering candle lights, bau haruman rose petals dan air panas (beware, can be quite hot for some, but i love it, just because i can't stand the cold room). Campuran air susu ditambah dengan titisan aura seri, untuk menaikkan seri wajah, Kak Sally ada mengajarku how to get the best of it. Lama jugak berendam, sambil dapat back scrub.. really soothing.

Lepas bilas bersih, mereka sediakan pula lunch. Cantik.. perut pun minta diisi. Nasi ayam minang was served, and boy.. that was the best nasi ayam i ever tasted. Juicy and crispy chicken, sambal terbaek.. bersama sirap limau.. Sambil tengok TV, aku terasa betul2 dimanjakan.

Next, time for hair spa. After shampoo and conditioning, rambut dilumur dengan green coconut cream, sambil steam for about 20 mins. Now, this is my least fav part, sebab tak suka sgt dengan bau green coconut ni, tp takpelah, at least dpt urut kepala sikit, rasa lega.

Last treatment, is manicure and pedicure. My fav too, just because dah lama neglect for mani and pedi. Aku biarkan saja kuku tgn dan kakiku dirias. Sebelum itu i got another foot massage and another cup of ginger tea.. Yay... Hasilnya kelihatan kukuku shiny and healthy.

Sorry no pictures taken, but i do have their list of treatments here..

Their address: No 4A, 1st Floor, Jln Kristal J7/J, Seksyen 7, 40400 Shah Alam
Also, I have 2 RM5.00 cash vouchers.. for those who are interested, please leave your comment with your address so i can send them.
:)

Friday, May 29, 2009

Style tudung waktu nikah

Dear readers,



Style tudung for my solemnization is a bit tough to choose. At first, i'm keen on wearing something like Diana Rafar, but then i feel like a bit messy walaupun sweet.




And then i found this, Yatt's for her nikah.. suka jugak for something different, but bila bayangkan muka aku nnt pakai camni, afraid I can't pull it off..






And this one i found on the net, sweet je, comel tudung jenis chiffon see thru kot.



And this morning, I found photo of Shida on facebook.. I definitely want this type. Kain dia cam kain telekung aku time sekolah dulu. Nampak manis dan kemas.. Nanti la tanya dia mana dia beli.


Thursday, May 28, 2009

Bunga pahar dan Bunga telur

Dear readers,

Right now, I'm going thru photos of bunga pahar. Since there'll be no bunga telur for the guests, the only telur that will be around, is on the bunga pahar itself. Tidak lengkap la sebuah pelamin itu tanpa bunga pahar. Malangnya, aku tidak la sekreatif mana dalam sesi pembuatan bunga pahar. What I'm going to do is just buy, and alter sikit according to my likings.

Found these on the net.




Pictures from here beadsnribbons.fotopages.com
I love flipping thru their fotopages, very unique and fresh ideas. Love the photoalbum, the scrapbook.. sangat talented mereka ini.


Sangat detail punya keje, and those flowers look alive. :)

And this is something new for me, bunga pahar jenis gantung. Cute?



Got it from here and here

Sunday, May 24, 2009

Mengerjakan Paper Bag

Dear readers,

Rumah dah start semak. No choice.. Paperbags arrived last week, It's just a simple one, yang penting isi nya. Maka masa2 yang terluang harus diisi dengan menampal sticker dan ikat ribbon.

Thanks to Nadya from Kadkahwinstore. She even gave me extra ribbons and paper bags :) yay!

A simple calculation, setelah dikira tolak tambah dan bahagi, satu hari kena siapkan 50. OKlah kan, kalau buat 2 org, sehari 25 keping.. not too bad. Amelia Hafiza boleh tolong, dia kan adik saya yang paling disayangi.. hehe


Setelah siap di makeover, brown paper bag yg simple kelihatan ceria.


Nampaknya pink ones mengatasi brown. Cargas sikit..

Yesterday also, went to SSF jalan TAR. Oh my.. idea mencurah2 in my head looking at the cute stuff. Hasil tangkapan yang byk jugak lah, for house, room and canopy deco. One of my favourites..


Perhiasan kaca gantung2 ni. Maybe will hang this at my garden with different heights. Love the colours! Dalam dia letak lilin.. cantik untuk panorama waktu malam.

Semalam jugak, my brilliant, beloved fiance dapat menjejaki lollipop ini. I've searched high and low di Tesco, Mydin, Jusco etc tiada yang memikat hati, entah di mana dia beli ni. Perfect, just what i'm looking for, different types and colourful lollipops..



Sesi pemberian kad sudah bermula, don't know why but i prefer to give by hand to friends. Lebih mesra kaedahnya.. hehe. Sudah bersesi karaoke dan teh tarik untuk mengedarkan kad.

Next week, planning for facial and spa. Aku sudah conscious, takut betul kalau jerawat timbul last minit. Time for my much needed facial!

Thursday, May 21, 2009

Luxury Fashion & Watch Clearance Sale (21st - 24th May 2009)

Dear readers,

Luxury items up for grab! Me and my fiance went there this
morning and couldn't decide on mana nak serbu dulu.. hehe

Unlike other clearance sale yang agak stuffy, long queue, and
mostly crap yg dijual.. Here's one that is worth going.


Yang paling best, dah dapat beli 1 barang hantaran..watch for
him. :) I'm eyeing for Jimmy Choo for kasut nikah tapi apakan daya takde size :(
Other brands: Coach, Charles &Keith, Pedro, (Tissot,
Gucci, Guess) watch and etc
.


Tuesday, May 19, 2009

Menu and package for the wedding

Dear Readers,

This morning baru je confirm menu and package with caterer from D-Hidang

Menu
1. Nasi Hujan Panas / Nasi Putih
2. Ayam Goreng Sos Merah
3. Daging Dendeng
4. Dalca Sayur
5. Pajeri Nenas
6. Sambal goreng Singapore (F.O.C)
7. Aneka Kuih Melayu
8. Aneka Buah
9. Air Kordial
10. Air Mineral
11. Teh Tarik (F.O.C)

Package includes
1. Permaidani Merah
2. Kek Empat Tingkat
3. 10 buah Kanopi 20’ x 20’
4. 1 buah Kanopi Pantri
5. Pintu Gerbang
6. Bunga Manggar
7. Hiasan Meja Makan Pengantin
8. Makan Beradap Untuk 10 pax
9. 6 Meja VIP (Dome)
10. Sarung Kerusi / Lapik Meja
11. Bunga Segar atas meja makan
12. Pelayan-pelayan Beruniform

Which i think quite common among caterer services..

I specifically asked for lilies, rose and orchids among the flowers for decoration. Pasal wedding cake pulak, it's just a dummy cake 4 tier, 1 tingkat je betul lagi 3 tu dummy. Cake is from Bloomingcake..and I asked them to decorate the flowers on the cake supaya jatuh ke bawah berjuntaian senget2 sikit. Tak tau la jadi ke tak.. byk songeh pulak aku ni.

We took the package, senang tak payah nak carik lagi yg lain2, one thing yg tak include is PA system. Ada rasa lega sikit dah confirm yg ini, esok pulak nak jumpa dengan Yus, untuk bincang decoration for canopy, pelamin ngn bilik.

Right after this, nak apply cuti kahwin, hehe.. nak amik 1 minggu setengah cuti, dah bagitau boss, dia kata go je. Baik!!

Friday, May 15, 2009

Hooray, kad sudah siap.

Dear readers,
Hari yang sangat membahagiakan.. kad kawen dah siap.. hooray!..special delivery from my
favourite delivery boy iaitu tunang saya sendiri. hehe..
Sekarang tgh nak kumpul2 alamat kawan2 mana yg jauh, mana2 yang dekat bagi pakai tangan je. Contohnya, I'm organizing a get together with my galfrens from high skool. Sesi lunch, movie date and shopping. Perfect timing to pass the cards. Pejot, sila mintak permission suami awal2 ye. Dah lama tunggu nak jumpa kamu.. rinduuu...!

Tips: Untuk kaedah lebih penjimatan (masa dan sms) sila pesan kepada kawan2 pengantin baru (yg dlm circle of frens) supaya forwardkan saja alamat kwn2 pakai email. Sudah pasti mereka mempunyai list semasa sesi pengedaran kad mereka dahulu.
Jangkamasa paling sesuai untuk pengedaran kad, lebih kurang 1 bulan sebelum majlis, tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat.
About my wedding card, simple saja.. inspired by a picture from Cik Anil's page. Thanks dear!Cuma saya tambah sikit2 hot stamping dan tiada buckle yang fancy itu kerana nak jimat cost.






Hari ni juga telah berjumpa dengan Aunty Siti Noorlis who live just behind my house, yang buat my hantaran. She is such a talented lady and so soft spoken. Cakap ngn dia pun i terautomatic jadi lemah lembut and sopan santun. Huhu.. We discussed about the theme for hantaran and we'll be shopping together for barang2 hiasan. Yay!
Tomorrow, I'm planning to go to Jalan Raja Chulan untuk shopping flower girl dress. Qila told me ada cam pasar malam bukak every friday, yang jual cheap and affordable girl's dress. Worth to take a look..!

P/S: Dah ada wedding gift wish list di side bar.. bukan niat mau paksa org bg hadiah or anything, kalau ada yg sudi bagi, dah cukup bersyukur, tapi ini hanya la wish list yg diri ini sangat appreciate dan gembira kalau dapat one of those items.. :)

*Update* Untuk yang berminat nak tau kedai kad dan harga, sila ke Mahligai Creative, Seksyen 9 Shah Alam. Ask for Farah and Asyraf.. 03- 58808316
More tips: Kalau nak lagi murah, boleh mintak riben buat sendiri (DIY), atau tukar jenis kertas. Ask if they charge you for design, tp rasanya if dah ada design sendiri, its free of charge.
Good luck

Wednesday, May 13, 2009

Bimbo Moment

Dear readers,


Have you ever had a bimbo moment? I just had mine this morning. Sudah la bangun lambat, kelam kabut rush nak gi ofis ni, tgk2 minyak kete nak abes. So i stopped by the nearest petrol station on the way to work, filled in the RON92, dan dengan confidentnya blah dari petronas.

Not long after that, i heard a thud. more like pap..pap..pap sound. WHAT THE HELL WAS THAT? I glanced thru the rear mirror.. OMG.. PENUTUP MINYAK AKU! bergolek2 ke tepi jalan..lepas isi minyak tadi selamba je cabut, penutup tu masih ada kat atas bumbung kereta. luckily elok je dia landing kat tepi tu tak masuk longkang.

I stopped the car, get out of it, dengan muka tebal, catwalk ke tempat kejadian. Ada pakcik ni siap berenti kete nak tlg amikkan, i just gestured, it's OK i got it. dan angkat tgn tanda terima kasih. lepas amik penutup tu laju je jalan balik ke kereta tanpa menghirau org ramai yg tersengih2..

Malu aku weh.. and I drove back pretending nothing happened.


Gambar file, sekadar gambar hiasan.. 2 of my fav girls

Monday, May 11, 2009

More Hairstyle for the big day

Dear Readers,

I was supposed to meet with Eleena last weekend, but she cancelled last minute because she went back to hometown. Thought of showing these pictures to her, rambut impian saya semasa bersanding kelak. Let's hope she's capable :) Besides, ingatkan nak pay deposit terus at least lega lah sikit dah booking and block the date.



Yang ini saya suka gambar 2 di bawah. Neat! dan ada bonjol2 kat atas kepala. Love the hair accessories.



Yang ni pun saya suka gambar 2 di bawah sekali. yang sebelah kiri ala2 Audrey Hepburn yang sememangnya menjadi pojaan hati ku.




This is the hair and look that I wanted for my wedding. Kelihatan rambut ala2 messy dan di hiasi dengan satin hair band. Mungkin terlalu simple buat org lain, tapi saya suka. No tiara and no veil yang serabut2. Bila first time tunjuk kat my parents, terus diorg pangkah. They want me to wear at least ada tiara and small veil sbb baru la style.

Entahlah.. I can't decide. Kalau pakai veil pun, might be just a short one. I hope i can get inspired soon..

Friday, May 8, 2009

Doa untuk pengantin baru

Dear Readers,

Thought of sharing this, untuk pengantin baru.. semoga perkahwinan yang dibina dilindungi dan diredhai oleh-Nya

Ada paling tidak TIGA doa yang umum di kalangan ahlussunah di malam pengantin termasuk diantaranya doa bersetubuh.

Setelah aqad nikah selesai, letakkanlah telapak tangan kanan suami di kening istri seraya membaca

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جُبِلَتْهَا عَلَيْهِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جُبِلَتْهَا
عَلَيْهِ
Artinya:
Ya Allah aku memohon kepada-Mu, kebaikannya, dan kebaikan yang Engkau ciptakan pada nya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ada pada nya (HR. Abu Daud)

Mengawali Rumah Tangga Baru Dengan Shalat
Abdullah bin Mas`ud radhiyallahu’anhu berkata,”apabila engkau bersama istri pada malam pengantin maka suruh dia menjadi makmum shalat, dan engkau menjadi imam, lakukanlah shalat dua rakaat, setelah itu bacalah doa berikut:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَهْلِيْ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ،
اللَّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَ
نَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ

Artinya:
Ya Allah, berilah aku keberkahan karena istriku, dan berilah istriku keberkahan karena aku, ya, Allah ! satukanlah kami dalam kebaikan, dan jika Engkau memisahkan kami maka pisahkanlah kepada kebaikan (HR. Thabrani)

Pada Saat akan Bersenggama
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu bahwa Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Apabila salah seorang diantara kalian akan menggauli istrinya, lalu membaca doa,”:

بِسْمِ اللهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Artinya:
Bismillah, ya Allah! Jauhkanlah kami dari syaitan, dan jauhkan keturunan kami dari syaitan (HR.Bukhari-Muslim).

Wednesday, May 6, 2009

Paper bag @ Goodie Bag

Dear Readers,

While i was searching for the cheapest paper bag for my door gift, i came across this website gardenofgalleria yang sangat mengujakan. Not only they have a lot of fun designs, but they're cheap!

My intention is to get a mini paper bag, not too big.. tapi boleh muat dalam 2,3 barang. Now tengah negotiate the price with them.. hopefully can get lower since I'll be ordering a lot.


Love the mulberry paper.. cantik kan?



I love these designs too from marryme deco & such. Couples goodie bag. cute.. tapi a bit expensive, ye lah consider the design and material used.









Love this one too.. sesuai untuk letak sweets



I found this from kadkahwin store.. I like the simplicity, but I'm thinking of paperbag with handles. The lady, Nadya yang i deal with thru email, is really helpful and willing to consider my budget. Macam ni lah customer service yang kita mau, good job!
Kalau susah2, i thought of DIY my paper bags, but looking at the huge numbers..
mungkin saya beli saja. tgk keadaan la ye...

Sunday, May 3, 2009

Spa Experience for bride to be

Dear Readers,

Sekarang tengah survey spa area shah alam untuk package bakal pengantin.

Yang terjumpa dan cam best:-
Dewi Sri Spa by Martha Tilaar located inside of Plaza Alam Sentral
Dewi Sri Body Bliss


Carefully formulated with nourishing rice extract to care for the body and perfumed with exotic scents.

Process: Hydrophil, body scrub, shower, steam, body massage, body mask, herbal bath, body lotion & hot ginger drink

Available series:
-Radiant White
A prominent blend of rice extract, lemon & camphor oil, to help clear away dead damaged skin cells and to brighten a dull complexion. Regular usage will be beneficial for a natural healthy white skin.

- Sensual Rejuvenate
Sweet natural aphrodisiac of rice extract and a blend of rose, jasmine, cananga and sandalwood oils. It is effective to relieve tension and refreshes the spirit. An Indonesian indigenous formula for love, believed to me amorously, stimulating.

- Reviving and Energizing
To ease tiredness. Contains oil of peppermint and lemon. The scent is beneficial in reinvigorating both body and mind.

Duration – 150 minutes
Price RM 280.00

Eastern Princess Retreat
Woah.. This picture leaves me speechless.. perlukah? aku dah terbayang sofea jane..

Process: Hydrophil, body scrub, shower, steam, body massage, herbal bath, vaginal and body smoke, body lotion & hot ginger drink

Honorably named after Ken Dedes, a queen from the 7th Century Majapahit Empire that stretched from India to the Spice Islands of Java, known for her beauty, slenderness and skin tone. Engage in a day of luxury and pampering attention that includes the refinement of the natural lulur and steam, a hot oil massage, herbal bath and the time honored femme sensual smoking for cleansing.

Duration: 150 minutes
Price: RM260
Ada jugak disediakan package untuk bakal pengantin

Pre-Wedding 1 - RM 620.00 nett
Dewi Sri Spa Bliss - Sensual (1 session)
Javanese Golden Lulur/Silky Radiant Ritual /Ken Dedes (1 session)
Traditional Hair Creambath(1 sessions)
Manicure/Pedicure (1 session)
Tini's Spa

Head To Toe Joy 5 hours

Herbal Sauna + Full Body Massage + Exfoliating Body Scrub/ Mask + Refreshing Bath + Rejuvenating Facial + Manicure & Pedicure + Relaxing Cream Bath for Hair
Body & Nail Divine 3 hours 30 minutes

Herbal Sauna + Full Body Massage + Exfoliating Body Scrub/ Mask + Refreshing Bath + Rejuvenating Facial + Manicure & Pedicure

Heavenly Face & Body 3 hours

Herbal Sauna + Full Body Massage + Exfoliating Body Scrub/ Mask + Refreshing Bath + Rejuvenating Facial
Body Pamper 2 hours

Herbal Sauna + Full Body Massage + Exfoliating Body Scrub/ Mask + Refreshing Bath
Boleh la kalau nak try the packages.. bila lagi kan? I'm not really a spa goer. But must try this at least once.. :)

Entri Lega

Dear readers,

Lagi dua bulan tarikh nikah saya.. dan sesungguhnya terasa lega sikit lepas hantar kain2 kat taylor.
Setakat ini, progress persiapan perkahwinan agak berjalan dengan lancar. Syukur.. hopefully momentum ini dapat dikekalkan.

Setakat ini, dah settle beberapa perkara penting.
1) Kad kahwin dah confirm design dan sekarang tengah print.

2) Honeymoon dah book accomodation, flight tickets and package

3) Fotografer dah confirm dan tinggal nak bayar baki je


The Zaharah clan..One of my favourite shots from him :)

4) Borang nikah dah settle, tinggal hantar kat PAID insya-Allah, by early next week.


5) Makeup dah confirm ambik yang masa tunang hari tu.. untuk nikah. But I'm thinking of taking another mak andam for bersanding dan bertandang.. just because nak kan variety.


In my mind:
- Eleena Lamat
- Nurul Shukor
- Sue Cantik

Tapi kalau tak dapat pun, I'm satisfied with Kak Jue's makeup



Love the natural look.

6) Baju for nikah, malam berinai, mom's, sisters' semua dah hantar kat 1 taylor. Senang dapat discount byk sikit.

7) Door gift dah tempah, bayar 50% deposit, memang byk jugak la duit ku mengalir kat sini, because of the guest list pun banyak.

OK, my mission for next week, nak beli barang hantaran for him yang asyik dok tertangguh tu.. nampaknya cam tak sempat nak kejar Singapore Sale jer.. sob..sobb..

Friday, May 1, 2009

Happy Birthday honey

Dear Readers,

Yesterday I planned an inpromptu surprise birthday party (party la sgt, ada 4 org je.. hehe) to my fiance. Dah tempah cupcake from pretty frosting about 2 weeks ago. Bertemakan football club kesayangan dia..

I picked up the cupcakes at 9.30pm, and then jumpa sophie and acad kat Darus terus go je. Boy was he surprised to see us. Before that, after work I scouted around MidValley sebenarnya nak cari angel wings.. tapi to my frustation, there was none. Tak pe ah, kepak kupu2 pun jadi la. Kononnya nak jadi angel, and he's the red devil. Cekak red devil yg lampu2 tuh pun ada tapi ada kat his car. Dayymnn


So cute kan... sayang je nak makan...


Posing dulu sebelum makan


Thanks Pie for joining. nanti rumah dah penuh sikit datang lagi ye.. kita main kat fun fair depan rumah tu.

Me explaining the surprise tactic..

Posing manja, dengan muka baru bangun tido


Kena paksa pakai kepak kupu2.. haha

Happy birthday sayang, semoga panjang umur murah rezeki. Dan dimudahkan urusan kita untuk disatukan. Amiiiinnn.
Happy labour day everyone.. enjoy the long weekend. Balik Ipoh jap lg nak tempah baju nikah and baju adik2 ngn mama.