Wednesday, June 17, 2009

Akad Nikah di Masjid Shah Alam dan solat sunat nikah

Dear readers,


Sumber gambar : sini

Lebih kurang lagi 2 minggu lagi majlis nikah akan berlangsung. My nikah will be a day earlier than bersanding, means Jumaat, 3hb July. Sebenarnya byk pro and cons buat nikah asing dengan sanding. Pro is can save money for sure, sekali harung je, makan pun tak yah buat byk kali. Makeup lagi.. Cons in the sense kena rush sikit la, and melaram baju nikah pun kejap jer.

Anyway, my family planned on having it after solat jumaat lebih kurang jam 3 ptg di Masjid besar Shah Alam. Selepas jamuan ringan akan diadakan pula outdoor shoot, InsyaAllah di sekitar masjid @ tasik Shah Alam. Kemudian malam pula akan ada malam berinai besar.

Sekadar berkongsi, kalau ada bakal pengantin yang nak bernikah di Masjid besar Shah Alam, berikut adalah peraturan2 khas akad nikah

  1. Dilarang bersanding

  2. Dilarang membawa hantaran

  3. Pengantin perempuan hendaklah memakai tudung yang lengkap dan sempurna. Yang keluar jambul2 tak boleh yer

  4. Jemputan wanita juga hendaklah memakai tudung yang lengakap dan sempurna (menutup aurat)
Sewa bilik akad nikah: RM200


Sewa dewan makan: Rm300

Kepada pesangan pengantin terutama lelaki, adalah di haruskan solat sunat selepas selesai mengangkat akad nikah. Hey, encik tunang, pls take note ye. mama dah ingatkan awal2 dah..

Sumber wikipedia: Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.


Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:

Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat sunat selepad nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki.

Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Selepas selesai, baru la molek pergi kepada isteri baru, cium tangan ke cium dahi ke, tukar mas kahwin. Mesti mama saya approve

6 comments:

  1. how come you have my real blog here? =_='

    ReplyDelete
  2. eh eh..thanks again for the info...

    www.popjunkiebrides.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. xul: hey, bloghopping, ternampak blog u, i link la, mana citer baru?

    pop junkie: u're welcome :)

    ReplyDelete
  4. heyya..thanks for d solat sunat info..huhu..i pon plan nak kawen kat masjid..masjid sultan abu bakar,jb..so nak kena check la camne rules dia..hehe..

    x-change link jom..
    http://ashannweddinggallery.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. bole bawak hantaran tp ade tempat laluan yg di khas kn..xbole bwk hantaran di kawasan ruang legar masjid...dan setahu sy sewa dewan nikah 100 saje da skunk... :)

    ReplyDelete

Wedding Bells