Wednesday, April 29, 2009

Urusan Borang Nikah and such

Dear readers,

Kerana terlalu banyak kekeliruan untuk bakal pengantin untuk isi borang nikah, saya sediakan simple guide supaya senang nak tau kemana perlu dituju dulu. Yang ni untuk situasi yang begini ya..

Lelaki: alamat IC dan alamat sekarang = shah alam, nikah = masjid besar shah alam

Perempuan: alamat IC= Ipoh, alamat sekarang= shah alam, nikah=masjid besar shah alam (nikah bukan di masjid terdekat di rumah)

Pihak perempuan: Sebelum tu sila baca ini untuk prosedur lengkap DOKUMEN SOKONGAN PEMOHON PEREMPUAN

  1. Sebab alamat IC tak sama ngan alamat sekarang, perlu ada borang bermastautin. Boleh download di sini.ORIGINAL Form. Isi siap2 dan kemudian baru pergi ke masjid berdekatan rumah (di panggil masjid di mukim) untuk pengesahan pihak masjid.

  2. Pergi ke pentadbiran masjid dan tunjukkan borang bermastautin.Pihak masjid akan tandatangan untuk sahkan anda bermastautin di mukim itu. Kemudian mereka akan beri nombor ustaz yang jadi penolong pendaftar nikah (PPN) untuk masjid itu. Sila call ustaz itu untuk buat appoinment. Tujuan appoinment untuk dia menyemak borang nikah yang sudah siap dan approve.

  3. Sudah buat appoinment, baru isi borang2 nikah. Borang nikah boleh diambil di JAIS atau download di sini. BORANG 1C (PEMOHON PEREMPUAN) dan satu lagi borang kena isi PERWAKILAN WALI / WAKALAH WALI (PEMOHON PEREMPUAN).

  4. Kepada yang belum buat HIV test, sila buat di Klinik-klinik kerajaan berhampiran, klik link ini untuk senarai klinik. INGAT: Sila call dulu sebelum datang sebab lain klinik lain prosedur, kena buat appoinment ke, hari apa bukak for HIV test, pukul berapa dan sebagainya. Borang HIV untuk Selangor boleh didapati di JAIS, tak ada online. Kena amik original form. Di mana JAIS? Bangunan Sultan Idris, sebelah masjid besar shah alam.

  5. Bila dah siap semua, baru jumpa PPN yang dah buat appoinment tu. Sila datang dengan wali dan 2 orang saksi, bersama dengan borang nikah yang sudah siap diisi oleh pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain. PPN akan approve dan tandatangan.

  6. Kemudian baru lah pergi ke JAIS/PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) untuk mereka pula yang approve. Tak payah bawa wali dan 2 saksi pun tak apa.

  7. Dalam pada itu, disebabkan saya nak bernikah di masjid besar shah alam, saya ambil contact nombor PPN untuk masjid itu, Ustaz Khoirudin. (Boleh ambil nombor contact di JAIS) Dia lah yang akan jadi tok kadi saya nanti. Kena booking dewan nikah, tarikh dan bayar deposit.

  8. Selesai semua, tahniah. Dah boleh nikah..!

P/S: Turutan ini sebab rumah saya, masjid shah alam, JAIS dan klinik kesihatan berada dalam satu kawasan.

15 comments:

  1. gud info & guide sis..
    btw...takde entry utk hiasan bilik pengantin ke???

    ReplyDelete
  2. wei susah gile nak kawen!!??

    ReplyDelete
  3. Apesal lah complicated sangat nak kawin! Cancel lah niat aku nak kawin ngan peah mcm ni.... hahahha!

    ReplyDelete
  4. relyza: hiasan bilik pengantin tu belum lg.. tak fikir pun lagi.. hihi nnt la bila dah nak start i buat.

    sang buih & sang rama2: memang leceh.. tp kalau dah tau mana nak tuju, senang sikit, tp ada lagi cara nak lg senang.. kawen kat siam, pastu bayar denda Rm500. hehe

    ReplyDelete
  5. tq for the info guide. smuge time daku nanti sume lancar je. tgh tunggu encik tunang setel part die. lambat btui aih.

    ReplyDelete
  6. fad.. ok jer, tunang i boleh settle semua kejap, jgn risau takde temuramah.. :)

    ReplyDelete
  7. tahniah nariko...saya x setel lg..maybe next week blik melaka lg..fuh...

    ReplyDelete
  8. hi..my wedding pun insy'allah this october..nk tny ar..klu skrg ni dlm bln 5..kte dh bleh stat prosedur kebnran bernikah ker?or terlalu awal..hehe..

    ReplyDelete
  9. anil: baru je smlm jumpa PPN mukim saya untuk tandatangan borang.. serius je ustaz tuh, i nak buat lawak pun takut.. huhu

    me: borang nikah ni valid 3 bulan jer.. so better awak tunggu bulan 8 nnt isi.. k.. :)

    ReplyDelete
  10. result hiv test tu on the spot ke dapat?

    ReplyDelete
  11. ape beza PPN dgn jurunikah ye?cuz PPN kt tmpt saya ni dgn jurunikah org yg berlainan..a bit confusing..huhu..

    ReplyDelete
  12. salam,

    boleh tau tak u buat hiv test kat mana?
    more info on the klinik kesihatan yg u pergi please.

    ReplyDelete
  13. wawa.. i buat kat klinik kesihatan puchong. Tak salah i HIV test ada from isnin- jumaat dari 8 pagi ke 2 ptg je. Lain2 klinik lain2 masa dia. So better u call klinik ty prior ur visit kot2 la dah tukar masa ke..

    Ada nombor giliran pastu ramai org beratur, tp proses nyer kejap je. Result pun dapat on the spot..

    ReplyDelete
  14. hello there, thanks for tips, btw i link kan your post to my blog since that its a good guide for my readers too. hope you don't mind :)

    http://turningtoawoman.blogspot.com

    ReplyDelete

Wedding Bells